
10 BUAH TADABBUR DARI KISAH NABI IBRAHIM A.S. DALAM SURAH MARYAM (AYAT 41-48)
- Memperkata kebenaran tidak sepatutnya menyebabkan pendakwah bercakap kasar dan hilang kawalan dirinya kepada kemarahan.
- Dekatkanlah dakwah kepada orang terdekat dalam keluarga kerana faktor kekeluargaan sangat kuat mempengaruhi pendirian dan motivasi seseorang.
- Merendah dirilah dengan manusia meskipun di hadapan pendosa dan jangan mendabik dada dengan ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah kepadamu.
- Sentiasa memberi harapan bahawa Allah itu al-Rahman, Maha Pengasih dan Penyayang meskipun kepada manusia yang sudah lama melakukan dosa tanpa henti dan tanpa taubat.
- Seseorang boleh menyembah Syaitan tanpa disedarinya meskipun dia telah meninggalkan penyembahan berhala dan masuk Islam.
- Meskipun mereka ahli kebatilan, kemukakanlah soalan-soalan dengan tenang agar mereka membuktikan di mana logiknya menyembah patung dan kayu yang dianggap tuhan. Jangan terus-menerus menghukum mereka sebagai ahli kebatilan selagi ada ruang untuk didekatkan kepada Islam.
- Sejarah menunjukkan kebatilan apabila kematian hujah, tindakan fizikal akan dilakukan terhadap ahli kebenaran.
- Apabila dicerca dan dihina, sejahterakanlah lidah dan tanganmu dari membalas cercaan dengan cercaan.
- Meskipun dia musuhmu, doakanlah hidayah kepadanya.
- Apabila dakwah ditolak, mengadulah pada Allah agar mengurniakan kekuatan untuk istiqamah berada di jalan dakwah.
والله أعلم بالصواب
Syaari Ab Rahman
19 Muharram 1441 H
Bangi
Leave a comment