KISAH NABI IBRAHIM AS BERDASARKAN TURUTAN PENURUNAN SURAH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

Kisah Nabi Ibrahim AS Berdasarkan Turutan Penurunan Surah Kepada Nabi Muhammad SAW

MAKKAH

  1. Maryam (surah ke 44 dari sudut penurunan)
  • menggambarkan dasar dakwah di era permulaan ialah kasih sayang
  • mengisyaratkan agar mengenalpasti orang-orang terdekat dari kalangan keluarga sendiri untuk disasarkan dakwah
  1. Al-Shuaraa’ (surah ke 47 dari sudut penurunan)
  • kesempurnaan hujah ke atas para penentang sehingga tiada yang waras melainkan akan menerima hujah dan tiada yang menentang melainkan yang sombong, mementingkan kedudukan dan hawa nafsu
  1. Hud (surah ke 52 dari sudut penurunan)
  • menerangkan berita gembira kepada berlaku janji Allah kepada para Rasul-Nya
  1. Al-Hijr (surah ke 54dari sudut penurunan)
  • wujudnya perasaan takut walaupun hakikatnya berita gembira yang akan menyusul kelak
  1. Al-An’am (surah ke 55 dari sudut penurunan)
  • dakwah diteruskan dengan penghujahan logik dan pendekatan dialog yang menyentak akal tanpa ada keraguan lagi pada kekuasaan Allah
  1. Al-Saffat (surah ke 56dari sudut penurunan)
  • sakitnya hati dengan syirik yang terus diamalkan meskipun segala hujah telah diterangkan
  • perlunya rencana baru di luar dugaan musuh yang mengganggu
  1. Al-Zukhruf (surah ke 63 dari sudut penurunan)
  • pengumuman berlepas diri apabila kaum memutuskan untuk kekal menyembah berhala dan menikmati kehidupan di dunia
  1. Al-Dzariyat (surah ke 67 dari sudut penurunan)
  • semakin hampirnya berita gembira kemenangan dan kedatangan janji Allah yang menggembirakan
  1. Al-Nahl (surah ke 70 dari sudut penurunan)
  • pujukan terakhir mengenai legasi Ibrahim di Makkah yang menjadi moyang dibangga-banggakan Quraish
  1. Ibrahim (surah ke 72 dari sudut penurunan)
  • pujukan terakhir mengenai doa Nabi Ibrahim penduduk Makkah
  1. Al-Anbiya’ (surah ke 73 dari sudut penurunan)
  • kalahnya mereka yang mahu membunuh Nabi Allah
  1. Al-‘Ankabut (surah ke 85 dari sudut penurunan)
  • bersedia dengan hijrah

MADINAH

  1. Al-Hajj
  • pembinaan Baitullah dan kepentingan menziarahi Baitullah menunaikan rukun Islam kelima atau umrah meskipun dari kejauhan
  1. Al-Baqarah (surah ke 87 dari sudut penurunan)
  • penjelasan kedudukan bumi Makkah dan kedudukan Rasulullah SAW yang berketurunan Ismail bin Ibrahim AS kepada Yahudi di Madinah yang tidak beriman kepada kerasulan baginda SAW
  1. Ali Imran (surah ke 89 dari sudut penurunan)
  • menyangkal dakwaan Yahudi bahawa Nabi Ibrahim itu berbangsa Yahudi atau Nasrani
  1. Al Mumtahanah (surah ke 91 dari sudut penurunan)
  • kompromi dan berkasih sayang dengan keluarga sendiri apabila mereka mengambil sikap memerangi boleh menghalang pembukaan dan kemenangan dari Allah
  1. Bara’ah (surah ke 113 dari sudut penurunan)
  • pengumuman berlepas diri dan putusnya istighfar ke atas ayah yang telah mati dalam kekufuran

Jika mengambil kira turutan di atas, maka kita akan nampak sirah Nabi SAW di sebalik sirah Nabi Ibrahim AS.

Dalam perkataan lain, kisah Nabi Ibrahim AS yang diturunkan sangat munasabah dengan keadan semasa yang dihadapi Nabi SAW sepanjang 23 tahun di Makkah atau di Madinah.

Disinopsis dari :
Kitab قصص القرآن الكريم
Dr Fadhl Hasan Abbas

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started