SURAH YUSUF SURAH MENJELASKAN PERATURAN ALLAH KEPADA ALAM DAN MANUSIA

Mentari terbit, awan bergerak dan hujan turun bukanlah perkara baru berlaku dan bukanlah hanya berlaku di satu-satu lokasi sahaja.

Ia sudah lama berlaku dan ia berlaku di mana-mana atas muka bumi Allah.

Maka jika beginilah hukum Allah kepada alam, Allah juga ada hukum yang sama kepada manusia.

Hukum kepada manusia yang sudah lama berlaku dan berlaku di mana-mana sahaja selagi manusia itu berada atas muka bumi Allah.

Apakah salah satu hukum Allah kepada manusia itu ?

“Sesiapa yang menyambut baik setiap taqdir Allah ke atasnya, maka ke atasnya pembalasan baik yang dikurniakan Allah ke atas Yusuf. Bukan Yusuf seorang sahaja menerima kemuliaan ini, bahkan semua yang memenuhi syarat-syarat seorang muhsinun. Begitulah Allah apabila menyebut sesuatu hukum secara khusus, di kemudiannya Dia akan menjadikannya umum kepada semua manusia.” – Mutawalli Sya’rawi, Tafsir Ayat 22 dan 105, Surah Yusuf

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started