
Penggunaan kalimah واذكر pada kisah pertama dan kedua dalam surah Maryam bertujuan menimbulkan kekaguman pembaca pada kisah ketiganya yang juga bermula dengan kalimah yang sama.
Apakah keajaiban pada kisah Nabi Ibrahim sama seperti kisah Nabi Zakariyya dan Maryam عليهما السلام sebelumnya ?
Jawapannya “ya” dan “bahkan lebih dari itu!”.
Keajaiban kisah ketiga dalam surah Maryam bukan hanya pada Nabi Ibrahim dikurniakan anak iaitu Ishaq عليه السلام dengan cara luarbiasa seperti kelahiran Nabi Yahya dan Nabi Isa عليهما السلام.

Sebab itu surah Maryam tidak memanjangkan kisah kelahiran Ishaq kerana ada keajaiban lain yang al-Quran mahu kita beri perhatian.
Apakah keajaiban pada ayat 47-48 itu ?
Allah menonjolkan keajaiban pada kisah ketiga yang tiada pada kisah pertama dan kedua.
Keajaiban respon seorang anak pada ayah yang memerangi dakwahnya dan menghalaunya keluar dari rumah.
Keajaiban respon seorang pendakwah kerana benar-benar telah mengecewakan syaitan yang mahu menghilangkan pahala dakwah seorang pendakwah di jalan Allah.
Mengapa ajaib ?
Kerana kekuatan itulah yang tiada pada kita hari ini sedangkan kita berkata kita berdakwah.
Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman
1 Zulqaedah 1440 H
Bangi
Rujukan :
Kitab خصائص النظم القرآني في قصة ابراهيم عليه السلام (1991),
Dr al-Syahat Muhammad Abdul Rahman Abu Syatit
Leave a comment