
Dalam dunia sains angkasa lepas, manusia semakin ghairah untuk melihat bumi dari jauh dan melihat alam yang lebih jauh dari bumi.
Dalam dunia Ulum al-Quran, para ulama tafsir semakin cenderung melihat al-Qur’an dengan konteks yang lebih luas dan pandangan yang lebih holistik.
Dahulu kebanyakan perbincangan tafsir menjurus kepada pentafsiran ayat ke ayat dan surah ke surah.
Hari ini kebanyakan pentafsiran menjurus kepada tema tertentu dan paksi perbincangan yang menaungi topik-topik kecil surah dan ayat-ayat al-Quran yang berkenaan.
Ada antara yang ditemui generasi terdahulu menakjubkan yang tidak ditemui generasi terkemudian.
Ada antara yang ditemui generasi terkemudian menakjubkan yang tidak ditemui generasi terdahulu.
Para ulama dahulu dan sekarang sentiasa mendapat kemuliaan dengan meneroka rahsia-rahsia al-Qur’an yang tidak pernah bertepian.
Benarlah apa yang disebut almarhum Syed Qutb (wafat 1386 H) bahawa kesatuan tema al-Qur’an adalah manifestasi kesempurnaan perjalanan alam di sekeliling manusia.
Syaari Ab Rahman
27 Syawal 1440 H
Bangi
Leave a comment