PUJIAN AL-FARAHI KEPADA IBNU KATHIR DAN AL-TABARI

Pujian Abdul Hamid al-Farahi pada al Hafiz Ibnu Kathir kerana beliau satu satunya ulama klasik yang “lantang” menyatakan yang diperintahkan untuk disembelih adalah Nabi Ismail a.s. ketika para ulama yang lain ambil pendirian berdiam diri untuk elak ketaksuban pada mana-mana anbiya.

Pada masa yang sama al-Farahi memuji al Imam al-Tabari kerana tarjih beliau bahawa al-zabih itu adalah Ishak membuktikan kaum Muslimin tidak taksub dengan mana-mana Nabi, akan dibela kebenaran itu dengan bekalan dalil terkuat yang sampai kepada al-Imam.

Dan akhirnya, semua para ulama itu adalah manusia. Boleh jadi benar, boleh jadi tersilap dalam ijtihad. Yang jelas, besarnya kedudukan mereka di sisi Allah kerana membawa pencerahan makna ayat-ayat Allah kepada ummah.

Empat ayat penting apabila kita berbeza pendapat dalam perkara ijtihadiah sama ada dalam mazhab tafsir atau mazhab fiqah atau mazhab berparti politik.

Agar di akhirnya jangan engkau sangka engkaulah yang benar dan selain engkau adalah salah. Agar di akhirnya jangan dicela pilihan sesiapa pun melainkan dirimu sendiri.

Itulah akhlak para ulama di masa lampau. Terima kasih al-Allamah Abdul Hamid al-Farahi atas pesanmu ini.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started