BACALAH SURAT CINTA ITU BERKALI-KALI

Jika Musa diberikan nikmat berkata-kata dengan Allah, maka setiap ayat-ayat Al-Quran adalah interaksi antara kita dengan Pencipta.

Tiada satu ayat pun sia-sia. Maha Suci Allah dari menurunkan ayat-ayat yang tidak diperlukan manusia.

Dia menciptakan kita, Dia lebih mengetahui apa masalah yang kita sedang hadapi, akan hadapi.

Meskipun ayat-ayat al-Quran itu kekadang berbicara mengenai ummat terdahulu, ia hakikatnya kalam Allah yang disasarkan kepada diri kita, hanya kita dan kepada kita.

Hanya dengan renungan mendalam, mendalam, dan mendalam, akhirnya kita akan menemui apakah mesej sebenar yang Allah mahu sampaikan kepada kita.

Kekadang kita tidak menemui mesej sebenar Allah kepada kita dengan hanya sekali bacaan.

Ulanglah lagi ayat yang sama. Beleklah terjemahan. Beleklah tafsir. Hilangkan satu persatu tabir bahasa Arab itu.

Kemudian ulanglah membaca ayat tersebut. Mungkin pengulangan kali ketiga puluh satu, baru hati kita dibuka hijab untuk melihat mesej yang mahu disampaikan Allah secara khusus kepada kita.

Travelog 3 Ramadhan
Syaari Ab Rahman

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started