“BATU BERSURAT” DI MASJID BULUH, GUA MUSANG

Sebagai mukmin, apabila dipertemukan dengan mana-mana halaman al-Quran, atau diperdengarkan dengan mana-mana ayat Allah, harusnya kita berfikir dengan mendalam apa maknanya dan kenapa agaknya Allah “menurunkan” ayat itu kepada kita. Setibanya di Masjid Buluh, Gua Musang, isteri yang kali pertama hadir ke sini bertanya, “abang, ayat-ayat ini mengenai apa ya?” Saya jawab, “Kena tanya orang... Continue Reading →

AL-FARAHI DAN AL-FATIHAH

Satu satunya surah yang al-Quran sebut bukan hanya fadhilatnya dalam al-Quran sendiri, bahkan jumlah ayat juga telah disebut secara spesifik iaitu tujuh ayat. Seorang ulama tafsir dari India, Allamah Hamiduddin al-Farahi dalam Tafsir Nizham al-Quran memberikan pandangannya mengenai tujuh ayat al-Fatihah mempunyai kaitan dengan tujuh orang nabi dalam al-Quran. Dalam perkataan lain, kisah mereka dalam... Continue Reading →

DOA BAGINDA AGAR KERJA DI PEJABAT JADI BERKUALITI DAN JADI IBADAH

Esok akan menyampaikan topik kerja sebagai ibadah di WBS Shah Alam. Selain mengambil inspirasi dari seorang tokoh nabi yang diwafatkan Allah semasa “waktu bekerja”, konsep kerja sebagai ibadah kelihatannya telah dirumuskan dengan begitu berhikmah, komprehensif dan genius dari Nabi kita صلى الله عليه وسلم dalam bentuk doa sahaja. Saya datangkan matan asal hadis dan membuat... Continue Reading →

BEBERAPA MAKNA TERSIRAT DARI KISAH NABI ADAM AS DALAM SURAH AL-A’RAAF

1. PENGURUSAN KONFLIKApabila ada sesuatu konflik, hadapilah dengan bersemuka, usah pendamkan rasa. Iblis memilih untuk berdiam diri dengan memendam rasa irihatinya semasa Allah mengumumkan Nabi Adam sebagai khalifah. Tidak bersikap seperti Malaikat yang berani memohon pencerahan, Iblis mengikut perasaannya lalu membuat kesimpulan sendiri, kononnya Tuhan telah melakukan kesilapan dalam keputusan-Nya memilih Adam dan bukan dia... Continue Reading →

10 MAKNA dan Ibrah Dari Kisah Nabi Adam Dalam al-Baqarah (2:30-38)

1.BERANI BERTANYAApabila anda tidak jelas sesuatu ayat, anda wajar bertanya dan ia bukan satu kesalahan. Tidak semua ayat Allah mampu difahami sepintas lalu. Kekadang Allah sengaja jadikan sesuatu ayat itu kelihatan sulit difahami di pandanganmu bertujuan agar berlaku proses mengaji, merujuk dan bertanya. Tanyalah apa yang menambah iman dan ketenangan dalam beribadah, bukannya untuk mencabar... Continue Reading →

ENAM TIPS U-S-A-M-A-H MENGENDALIKAN USRAH TADABBUR BERSAMA SISWA SISWI YANG BERKESAN.

ENAM TIPS U-S-A-M-A-H MENGENDALIKAN USRAH TADABBUR BERSAMA SISWA SISWI YANG BERKESAN. INSHAALLAH U (ULUM AL-QURAN) : Hendaklah naqib atau fasilitator itu mempunyai latarbelakang yang baik dalam Ulum al-Quran dan melakukan pembacaan tafsir yang meluas sebelum mengendalikan usrah. S (SEMBANG & SESUAIKAN) : Usahakan pendekatan dua hala dan “sembang” ilmiah kerana ini usrah, bukan ceramah. Sesuaikan... Continue Reading →

MEMAKNAI MAULID NABI, SEMOGA WARGA KERJA KASTAM PUTRAJAYA DIBERKATI

Ramadhan masih 175 hari lagi. Namun sebuah agensi persekutuan mengambil inisiatif untuk memberi makna pada sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم mereka dengan sebuah “kelahiran” program untuk memahami setiap 30 juzuk al-Quran setiap minggu sehingga memasuki Ramadhan. Kelas juzuk 1 sudah bermula minggu lepas dan baki 29 juzuk akan diteruskan pada setiap Isnin, selama... Continue Reading →

PERLAWANAN PENTING SABTU INI, INSHAALLAH

Surah Qaaf diturunkan ketika perlawanan antara gerakan Nabi SAW dan kaum musyrikin Makkah semakin menuju fasa kritikal. Antara yang bakal dikongsikan ialah tiga ayat yang menunjukkan suasana sirah di sebalik penurunan surah ini, hikmah susunan surah dalam mushaf, hikmah awalan dan akhiran, segmentasi surah sebagai sebuah perjalanan yang tersusun, kemudian apa keunikan diumumkan surah pada... Continue Reading →

SURAH AL-SHAMS DAN KESUDAHAN REGIM

Setiap kuasa Allah beri akan dicipta bersamanya "pasangan" dan kuasa yang bertentangan, itu cara Allah wujudkan keharmonian untuk manusia menghargai. Siang menunjukkan kuasanya untuk membantu manusia bekerja, malam pula menunjukkan kuasa untuk manusia berehat dan bersama keluarga. Namun apabila kuasa bertentangan itu sudah melampau batasan yang ditetapkan Tuhan, cuba mengganggu laluan pihak lain yang ditetapkan... Continue Reading →

BILA UMURMU SUDAH SAMPAI EMPAT PULUH…

“Bila umur empat puluh, barulah mantap tumbuhnya kedewasaan sebagai insan. Kalau umur belum capai empat puluh, biasalah manusia itu mahu benar sendirian, menang sendirian. Namun bila sudah capai empat puluh, mulailah dia insafi bahawa ada orang lain di sekelilingnya. Mulailah dia insafi bahawa dia tidak mungkin hidup sendirian di dunia ini. Mulailah dia berkurangan dorongan... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started