Kita perlukan lebih banyak penulisan tadabbur seperti Shekh Dr Muhammad Abdullah Diraz. Jika al-Baqarah terlalu panjang, ambil sampel al-Qalam dari beliau. Saya menemui gaya bahasa yang jarang boleh ditemui dalam karya-karya tafsir. Sepanjang 28 halaman berbicara mengenai surah al-Qalam, beliau berjaya menyatukan, menghubungkan antara satu ayat dengan satu ayat, serasikan sehingga terserlah keindahan, jahitan yang... Continue Reading →
ALHAMDULILLAH, TOKOH INSPIRASI DI RADIO SUDAH SAMPAI
Sebuah kajian sarjana yang bukan sekadar menganalisa satu persatu pendekatan penyampaian Shekh Dr Muhamad Abdullah Diraz di radio, bahkan membahaskan isu-isu sekitar الوحدة الموضوعية itu sendiri. Itu yang menjadikan kitab ini ada “dua dalam satu” sekaligus ! Kajian ini bertajuk التفسير الإذاعي للقرآن الكريم عند العلامة الحكيم محمد عبد الله دِرَاز (تدوين المسموع مع الدراسة... Continue Reading →
SURAH SABA’ ; ADAKAN WAKTU BERDUA ATAU BERSENDIRIAN SEKETIKA
Antara ayat yang memotivasikan saya dari surah Saba’ ialah ayat 46. Kekadang kebenaran itu diraih dengan berada dalam kumpulan kecil berbanding kumpulan besar. Sudah pastinya ia pilihan yang mencabar kerana kumpulan kecil tidak sepopular kumpulan besar yang menjadi pilihan ramai. Kekadang kita perlu adakan waktu meninggalkan seketika suasana bising dan sesak dalam “group”, lalu pergi... Continue Reading →
RESENSI NOVEL “DHUHA ; CAHAYA PAGI YANG TERANG” YANG DIINSPIRASI DARI SURAH AL-DHUHA
Alhamdulillah, dapat tamatkan bacaan karya kreatif ini dalam 3 hari sahaja sepanjang bercuti Iduladha baru-baru ini. Ya, kalau dah novel namanya, kenapa perlu ambil masa lama-lama untuk tamatkan sahaja debaran babak seterusnya 😂 Seumpama membaca tafsir al-Azhar yang tafsiran ayat-ayat al-Quran disulamkan Buya Hamka dengan pelbagai cerita benar dari pengalaman kehidupannya sendiri, Dr Mohd Daud... Continue Reading →
“APABILA AKU SELESAI MEMBACA SURAH YANG MULIA INI, AKU DAPATI….”
Sheikh Dr Muhammad Abdullah Diraz RH seringkali berkata “selesai aku membaca surah yang mulia ini, aku menemui kesimpulannya…” Sheikh sememang telah membelek tafasir yang banyak. Namun Shekh tidak pun menakalkan tafsir itu dan tafsir ini. Shekh berkongsi tadabburnya. Ia benar-benar mengajar kita para pendakwah tafsir, guru pengajar tafsir, bahawa tidak cukup sekadar membaca banyak tafsir... Continue Reading →
PUSINGAN KETIGA UMMAT INI PASTI AKAN HADIR !
Ramai kita mengetahui pusingan pertama dan kedua dalam perang Uhud. Pusingan pertama, kita menang sebagaimana Badar, menang dalam perang yang berat sebelah, menang dalam keadaan musuh jauh lebih besar. Pusingan kedua, kita dipukul kerana sebahagian kita terlupa pesanan pemimpin kita sendiri. Namun kita terlupa adanya pusingan ketiga. Al-Quran merakamkan pusingan ketiga yang mesti diberi perhatian,... Continue Reading →
LEGASI PEMIKIRAN SHEKH DR SOLAH AL-KHALIDI PADA MEMERANGI ISRAILIYYAT
Antara legasi fikrah Shekh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi رحمه الله ialah ketegasannya menjauhkan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam pentafsiran al-Quran. Menerusi karya إسرائيليات معاصرة (2015) ini, Shekh menjelaskan “cengkaman” Israiliyyat tidak hanya sebatas sumber-sumber rujukan Yahudi mengenai kisah para anbiya’ yang penuh dengan kebatilan dan kesalahan, bahkan akar dan falsafah “Israiliyyat” itu telah melebarkan serangannya terhadap... Continue Reading →
Tafsir Kontemporari Dr Fadil Salih al-Samra’i
Jika anda tercari-cari satu tafsir kontemporari yang menghimpunkan kemukjizatan al-Quran dari aspek bahasa Arab dan memfokuskan pada surah-surah tertentu sahaja sebagai pembuktikan kepada aspek kemukjizatan itu, inilah salah satunya. Di dalam karya على طريق التفسير البياني ini, Dr Fadil Salih al Samra’i menghimpunkan empat tiang utaman “tafsir bayyani” iaitu فقه اللغة , فقه التصريف ,... Continue Reading →
“KAMAR-KAMAR BUDI” YANG MENGEMBALIKAN CINTAKU PADA SURAH YUSUF
Alhamdulillah, diberikan kesempatan membaca karya ustaz Hasrizal My Learning Journey bertajuk “Kamar Kamar Budi ; Iktibar Akhlak dan Etika Sosial Daripada Surah al-Hujurat” terbitan Abideen Books Saya memilih untuk membaca hingga tamat “Kamar-Kamar Budi” (KKB) kerana gaya penulisan yang membumikan tadabbur ayat hingga kelihatan mengena dengan permasalahan semasa merupakan gaya penulisan yang saya sedang pelajari... Continue Reading →
MENGAPA BICARA MENGENAI HARI KIAMAT, TIBA-TIBA BERALIH KEPADA BICARA MENGENAI PERKATAAN DAKWAH YANG LEBIH BAIK ?
Kebanyakan kitab-kitab tafsir tidak menghubungkan antara ayat 53 surah al-Isra’ dengan ayat-ayat sebelumnya. Seakan-akan ia satu naratif baru sedang dibina tanpa kaitan dengan isu-isu sebelumnya. وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang... Continue Reading →