TAFSIR MENETAPKAN MAKNA, TADABBUR MENGHIDUPKAN JIWA

Ringkasnya, tafsir membantu kita berpijak pada makna ayat yang sahih dan konteksnya, tadabbur pula membantu makna itu masuk ke jiwa dan membentuk amal, namun tetap tidak keluar dari batas tafsir.

Kunci 4 saranan al-Marhum Dr. Ṣalāh al-Khālidī iaitu المحافظةُ على جوِّ النصِّ القرآني, menjadi peringatan pada orang awam yang terlalu cepat “terbang” dengan sesuatu ayat tanpa menjaga suasana ayat, جوّ النص. Dr. Ṣalāh menyebut “البقاء في جوّ النص” dan memelihara suasana ayat itu kunci membuka khazanah al-Qur’an. Bila kita kekal “di dalam” ayat, barulah ayat “membuka pintu” kepada hidayah yang halus.

Tanda kita sudah keluar dari جوّ النص ialah apabila kita lebih berlama-lamaan memburu makna tersirat yang sifatnya pelik-pelik berbanding memahami makna yang sedang disebut secara zahirnya. Antara amaran beliau ialah “التعريج” (melencong) kepada perkara-perkara yang tidak lagi berkait rapat dengan ayat, hingga ayat tidak sempat ‘menyentuh’ hati kerana pembaca sudah “offside” dan “keluar” lebih awal.

Dr. Ṣalāh mengingatkan agar jangan jadikan “tadabbur” sebagai alasan untuk meninggalkan tafsir atau merobohkan batas makna. Al-Qur’an mempunyai “shahnāt” (caj/tenaga) makna dan “fayḍ” (curahan) cahaya yang halus, ia hanya “kena” pada orang yang membaca dengan hadir sepenuh diri, bukan sekadar lalu.

Cara paling selamat untuk orang awam ialah faham makna tersurat dahulu, kekal dalam konteks, kemudian barulah mengambil ibrah dan buah amal, kerana tadabbur bukan keluar dari teks tetapi masuk lebih “deep” dengan adab. Dr. Ṣalāh membenarkan pembaca berhenti lama untuk tadabbur selagi tidak keluar dari جوّ النص, selagi emosi, fikiran, dan pemerhatian kekal bersama ayat, bukan lari ke agenda lain.

Kunci 5 pula iaith استبعاد المطوّلات التي قد تحجب نور القرآن, menjadi ubat untuk agamawan dan penyampai yang terlalu akademik. Kunci ini mengajar asatizah menjauhi المطوّلات yang akan membebankan orang awam dengan maklumat yang banyak tetapi hidayah tidak sempat pun menyala. Beliau tekankan نور القرآن boleh “tertutup” bila pembaca dibawa jauh ke nota-nota panjang sehingga yang tinggal hanya informasi, bukan “hidup bersama ayat”.

Dr. Ṣalāh tidak menolak ilmu, ulama memang memasukkan مباحث panjang sebagai ثقافة pembaca, namun ketika membentang kepada awam, jangan jadikan ayat al-Qur’an seperti kuliah fakulti yang berat dan melelahkan.

Antara المطوّلات yang patut dikawal apabila bersama awam ialah khilaf nahu dan i‘rab, balaghah dan اشتقاق yang terlalu teknikal, khilaf fiqh yang panjang, asbāb al-nuzūl yang bertele-tele, kronologi kisah yang spekulatif, serta perincian yang menghampiri Isra’iliyyāt.

Prinsip ringkas untuk penyampai ialah kekalkan ayat sebagai pusat, bukan nota kaki sebagai pusat. Ambil yang perlu untuk faham maksud, kemudian buka jalan amal, biarkan khilaf dan detail akademik menjadi simpanan untuk yang mahu mendalam, bukan beban untuk semua. Pembaca tidak rugi jika tidak menyelam semua المطوّلات, yang penting ialah berinteraksi dengan al-Qur’an sehingga ia memimpin hati dan amal.

Kesimpulannya :

  1. Kunci 4 menjaga orang awam supaya tidak mudah khayal makna tersirat yang terkeluar dari batas tafsir.
  2. Kunci 5 pula menjaga agamawan supaya tidak terlalu akademik hingga نور القرآن tertutup oleh المطوّلات.

Wallahu a’lam

Bertemu SINAR Sesi 2 Ahad ini

Syaari Ab Rahman
Daurah 27 Kunci Interaksi al-Quran : Aplikasi pada Surah al-Muzzammil (Siri 1)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started