IBADUR RAHMAN : INDAH TANASUB DUA AYAT

Ayat 72 melukis adab ʿIbād al-Raḥmān dengan “dunia manusia”.

Bila terserempak dengan laghw, mereka mārū kirāman. Berlalu dengan maruah, tidak melekat pada yang sia-sia.

Kemudian hadir ayat 73 datang seperti penegasan:

Tetapi apabila Ibadul Rahman “terserempak” dengan āyāt Rabbihim, mereka tidak berlalu seperti orang pekak dan buta.

Mereka berhenti, mendengar, memahami, dan membiarkan wahyu menggerakkan hati, hingga ia menjadi amal.

Seolah-olah al-Qur’an sedang mengajar:

Yang sia-sia kita “lalu” sahaja, yang wahyu kita kena duduk dan “tinggal” di situ (hadir sepenuh hati).

Rujukan : Tafsir al-Maqasidi, Prof. Dr. Jasser Auda.

Lampiran Ayat :

وَٱلَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا۟ بِٱللَّغْوِ مَرُّوا۟ كِرَامًا ٧٢

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (25:72)

وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا۟ عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا ٧٣

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (25:73)


Ayat 64 menunjukkan mereka ini kuat beribadah. Malam mereka diisi dengan sujud dan qiyam, hubungan yang rapat dengan Allah.

Tetapi hadir ayat 65 terus “mematahkan sangkaan” yang sering datang selepas ibadah. Ibadah yang banyak tidak membuat mereka ujub, tidak menjadikan mereka merasa “aku sudah selamat”, seolah-olah api neraka pasti tidak akan menyentuh.

Sebaliknya, semakin banyak ibadah, semakin takut.
Kerana mereka sedar bahawa keselamatan akhirat bukan “gaji” yang dibayar oleh amal semata-mata, tetapi rahmat Allah yang dicari dengan doa.

Sebab itu transisi ayat sangat tepat:

dari sujud (amal) → kepada doa (tawaduk)

Amal mereka tinggi, tetapi sandaran hati mereka tetap satu.

Kasih sayang Allah, bukan rekod amalan sahaja.

وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَـٰمًا ٦٤

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (25:64)

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ٦٥

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan (25:65)

Rujukan: Tafsir Tafhim al-Quran, Abul A’la al-Maududi

Terima kasih ZIKRA dan Imran Zaki atas jemputan bermakna semalam. Barakallah fikum

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started