Satu satunya surah yang al-Quran sebut bukan hanya fadhilatnya dalam al-Quran sendiri, bahkan jumlah ayat juga telah disebut secara spesifik iaitu tujuh ayat.

Seorang ulama tafsir dari India, Allamah Hamiduddin al-Farahi dalam Tafsir Nizham al-Quran memberikan pandangannya mengenai tujuh ayat al-Fatihah mempunyai kaitan dengan tujuh orang nabi dalam al-Quran.
Dalam perkataan lain, kisah mereka dalam al-Quran dirumuskan dengan ringkas tetapi sempurna dalam tujuh ayat al-Fatihah.
Perlu diingatkan, Farahi berpegang pada ayat pertama bermula dengan ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ dan ayat terakhir ialah غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Saya ringkaskan sahaja di sini. Ada pun huraiannya boleh dirujuk sendiri pada kitab beliau.
- Ayat 1 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ mengisyaratkan darjat Nabi Muhammad SAW yang keperibadiannya bersifat “Ahmad” dalam serba serbi.
- Ayat 2 ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ mengisyaratkan darjat Nabi Isa bin Maryam yang penuh sifat rahmah kepada pengikutnya.
- Ayat 3 مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ mengisyaratkan darjat Nabi Musa yang dikurniakan kitab Taurat dan hukum-hakam syariat yang sangat teliti dan penuh pengadilan
- Ayat 4 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ mengisyaratkan darjat Nabi Daud yang dikurniakan Allah mihrab, Zabur dan kemenangan jihad sekaligus.
- Ayat 5 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ mengisyaratkan darjat Nabi Ibrahim yang memperkenalkan nama agama fitrah ini sebagai Islam.
- Ayat 6 صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ mengisyaratkan darjat Nabi Nuh yang dirumuskan wataknya dalam al-Isra’ sebagai hamba yang sangat bersyukur.
- Ayat 7 غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ mengisyaratkan darjat Nabi Adam yang dikeluarkan dari daerah kemurkaan pada kecintaan.
Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman
Daurah Surah al-Fatihah
Siri 5
30 Rajab 1446

Leave a comment