Ramadhan masih 175 hari lagi.
Namun sebuah agensi persekutuan mengambil inisiatif untuk memberi makna pada sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم mereka dengan sebuah “kelahiran” program untuk memahami setiap 30 juzuk al-Quran setiap minggu sehingga memasuki Ramadhan.
Kelas juzuk 1 sudah bermula minggu lepas dan baki 29 juzuk akan diteruskan pada setiap Isnin, selama satu jam, menerusi platform Zoom dan tertutup inshaallah.

Terima kasih Puan Hajah Nur Azlina Abdul Aziz atas kepercayaan yang diberikan.
Tahniah pada Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainuddin dan pengerusi Surau al-Saadah Kastam Putrajaya , Tuan Roslan Yusof atas inisiatif yang wajar dijadikan benchmark pada yang lain.
Inshaallah, selain sinopsiskan satu juzuk dari satu kelas ke satu kelas, saya terfikir untuk menambah sesuatu yang tidak pernah saya tulis dalam mana-mana karya iaitu berkongsi satu isu “kerja sepasukan” dari mana-mana dalam juzuk berkenaan.


Kompilasi dari isu-isu berorganisasi pada setiap juzuk yang dibentangkan pada pihak Kastam ini nanti, akan dijadikan karya penting menjelang Ramadhan nanti bagi manfaat penjawat awam dan rakyat Malaysia yang lain inshaallah.
Saya akan merujuk beberapa karya selain Kompas 114 dan Sinopsis Juzuk terbitan Tadabbur Centre. Antaranya Nuran Mubina tulisan Shekhuna Ustaz Abdullah Bukhari al-Hafiz, Fainni Qarib tulisan Fakhri Fadzli, Catatan Refleksi 30 Juzul al-Quran tulisan Hafizul Faiz, A Juz A Day tulisan Yahya Ibrahim, dan Hidayat al-Ajza’ tulisan Prof. Dr. Umar Abdullah al-Muqbil.

Mudah-mudahan bukan sekadar fadhilat khatam sahaja yang kita perolehi nanti, bahkan 30 ayat firman Tuhan yang boleh mengubah sikap-sikap kita di tempat kerja.
Berkat Allah pada mereka yang membaca al-Quran dan memartabatkan ayat-ayat Tuhan sebagai penasihat kehidupannya.
Leave a comment