

Dalam keterbatasan masa selepas bergegas dari Kuantan, saya ambil kesempatan menyampaikan kepentingan ummat dan seluruh serantau muslim “membaca semula” kisah-kisah pertembungan dan perlawanan antara Nabi Musa dengan Firaun dalam al-Quran.
Hanya dengan “membaca semula” kisah-kisah ini akan dapat mengukuhkan iman kita bahawa tiada satu inci pun pergerakan musuh melainkan dalam pemerhatian Tuhan, tiada satu detik pun rencana musuh melainkan dalam perhitungan rapi Tuhan untuk membalas.
Di hadapan ribuan yang hadir sebelum dikumandangkan azan Maghrib, saya huraikan refleksi dan pelan bertindak yang mesti dilakukan dari sepotong ayat dari surah al-Isra’, surah yang tidak pernah Nabi SAW tinggalkan sebelum tidur sepanjang baginda memimpin Madinah.
Semasa perhimpunan pertama 24 Oktober 2033 lepas, saya telah menyampaikan huraian ayat 4 hingga 7 surah yang sama, kali ini saya memilih ayat 103 dari surah al-Isra’ yang sama yang merakamkan usaha gigih regim Firaun mahu menghalau keluar kaum muslimin Bani Israil dari bumi Mesir dan berlakunya rencana Tuhan dari arah yang Firaun sendiri tidak menyedarinya.
Semoga para pencinta pembebasan tanah suci dan Axiata Bukit Jalil pulang dengan “spiritual paradigm” kepada apa yang sedang terjadi di Ghazzah dan masa depan bumi anbiya itu.
Barakallah fikum
Syaari Ab Rahman
Serantau Muslim




Leave a comment