
“Hijrah” bukanlah sekadar perpindahan tempat tanpa perubahan sikap.
Sekurang-kurangnya, saya temui lima pelajaran dari surah al-‘Ankabut – surah yang menyebut kalimah مُهَاجِر kepada Nabi Ibrahim AS – yang diturunkan menjelang hijrah Rasul SAW ke Madinah.
- Hijrah bukan hanya untuk kepentingan dunia, bahkan untuk memelihara agama dan memperelok bekal selepas mati. (Ayat 56-57)
- Hijrah bukan hanya berpindah negara atau daerah, bahkan meninggalkan kumpulan atau suasana yang menggalakkan derhaka kepada yang menggalakkan taat dan taubat (Ayat 32-33 mengenai isteri Luth, ayat 39 mengenai Qarun)
- Berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Kekal sahaja di tempat yang sama asalkan masih ada ruang berdakwah, berusaha memindahkan jahiliah menimpa masyarakat. Amar makruf nahi mungkar juga satu bentuk hijrah. (Ayat 8 mengenai dakwah bermula dalam rumah, Ayat 14 mengenai kisah lamanya usia dakwah Nabi Nuh)
- Mulakan hijrah dari memperbaiki kualiti solat itu sendiri. Pindahkan solat dari daerah solat dengan tubuh sahaja menuju daerah solat dengan tubuh dan ruh sekaligus. (Ayat 45)
- Allah menjanjikan rezeki yang tidak diduga kepada mereka yang berhijrah semata-mata kerana Allah. (Ayat 60-62 dan kisah Nabi Ibrahim dikurniakan Ishak)
Dari Muawiyah bin Abi Sufyan RA bahawa Nabi SAW bersabda :
لا تنقطِعُ الهجرةُ حتَّى تنقَطعَ التَّوبةُ، ولا تنقطِعُ التَّوبةُ حتَّى تطلعَ الشَّمسُ مِن مغربِها
“Tidak terputus hijrah itu sehingga terputusnya taubat. Tidak terputus taubat sehinggalah matahari terbit dari barat.” Sahih Abu Daud (2479)
Leave a comment