MEMASUKI BULAN MUHARRAM

Tidak dapat dibayangkan kalau kita boleh menemuramah seorang Bani Israil dari zaman Nabi Musa عليه السلام yang masih hidup dan sempat melalui pengalaman “Laut Merah” berkenaan, atau menjemputnya ke surau dan masjid kita berkongsi detik-detik mencemaskan menimpa Bani Israil sebelum dikurniakan kemenangan yang ajaib dari Allah SWT.

Pastinya kita akan sujud sajdah berkali-kali mengkagumi kehebatan al-Quran bercerita sehingga ia seumpama terjadi dengan penuh kejelasan di hadapan mata kita.

Antara kisah penting dan أَيام الله dari al-Quran untuk dijadikan bahan diskusi tafsir dan tadabbur di surau-surau dan masjid-masjid pada bulan Muharram ini ialah kisah kemenangan Nabi Musa عليه السلام ke atas Firaun di Laut Merah.

Antara yang boleh diberi perhatian oleh rakan-rakan asatizah ialah 17 ayat dari surah الشعراء (surah 26) iaitu dari ayat 52 hingga 68 (halaman 369-370 mushaf).

Diskusikanlah inshaallah.

Juga boleh diperhatikan di surah Taha (surah 20) dari ayat 77 hingga 79 (halaman 317 mushaf).

Diskusikanlah inshaallah.

Juga surah al-Dukhan (surah 44) dari ayat 23 hingga 31 (halaman 497 mushaf).

Diskusikanlah inshaallah.

Juga surah Yunus (surah 10) dari ayat 90 hingga 92 (halaman 219 mushaf).

Diskusikanlah inshaallah.

Terlalu banyak mutiara ibrah tersembunyi di situ kalau kita perhatikan ketepatan pemilihan perkataan al-Quran dan susun atur kalimah dan pergerakan ayat-ayatnya.

Al-Quran benar-benar memberi penawar dan motivasi untuk bangkit dari rebah buat sesiapa yang membaca dan mentadabburi ayat-ayat “10 Muharram” ini.

Tidak perlu amalan-amalan pelik yang tidak ketahuan sumbernya untuk meraikan 10 Muharram. Kita ada al-Quran kalam Tuhan yang penuh keajaiban dan sentuhan hati yang di luar dugaan.

Barakallah fikum wa bikum

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started