AKU DAN SURAH AL-RUM

Apa perasan anda apabila al-Quran sendiri menyebut anda akan menang semula selepas kalah, akan bangkit semula selepas rebah ?

Bukankah ia melahirkan optimisme dan kerja keras untuk merealisasikan kemenangan semula yang dijanjikan itu bukan ?

Bicara Tuhan pasti tidak sia-sia. Dia Maha kenal potensi kita walau kita pernah jatuh terluka rebah dihina.

Al-Quran yang dibaca, menggerakkan revolusi jiwa !

Ruginya bangsa Romawi, al-Quran memberitahu mereka akan menang semula, namun mereka tidak tahu apa-apa, tidak mendengar apa-apa, mengapa ?

Kerana al-Quran tidak diturunkan di sana.

Kerana Allah tidak berkenan untuk Rasul yang terakhir dimunculkan dari sana.

Ruginya bangsa Romawi kerana sikap mereka dahulu kala yang memusuhi kebenaran yang dibawa nabi-nabi, rahmat al-Quran kitab suci terakhir telah “menjauhi” mereka.

Semoga kita tidak mengulangi “pandemik” penyakit hati yang pernah menimpa bangsa-bangsa gergasi seperti Romawi ini.

Ghulibat al-Rum!

Sebelum kita berbicara mengenai kemenangan semula Romawi, Al-Quran mahu kita perhatikan dahulu di ayat mana kalimah “Romawi” disebutkan.

Ia berada dalam ayat mengenai mereka telah kalah !

Dua kalimah sahaja namun dijadikan satu ayat !

Ghulibat al-Rum!

Maka perhatikan faktor kekalahan mereka !

Penyakit hati bangsa Romawi yang telah dibongkarkan dalam surah Romawi ini sendiri.

Bacalah surah al-Rum. Iqra !

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started