AL ISRA’ MEMERANGI KETAKSUBAN

Apabila kita marah, perhatikanlah apa yang bakal kita kata. Fikirkanlah dua tiga kali adakah itu perkataan yang LEBIH BAIK. Adakah lebih baik dari keadaanmu ketika marah.

Apabila semua kita terus berkata apa sahaja dalam fikirannya, ia hanya memburukkan perpecahan sesama kita, lalu yang bergembira hanyalah syaitan sahaja.

‎وَقُل لِّعِبَادِی یَقُولُوا۟ ٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ یَنزَغُ بَیۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَـٰنِ عَدُوࣰّا مُّبِینࣰا

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang LEBIH BAIK (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang). (al-Isra’, 17 : 53)

Ketika Yahudi mendakwa nabi-nabi mereka lebih baik dari Rasulullah SAW, Allah SWT mendidik Nabi untuk bertenang dengan berkata ;

‎وَرَبُّكَ أَعۡلَمُ بِمَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَلَقَدۡ فَضَّلۡنَا بَعۡضَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ عَلَىٰ بَعۡضࣲۖ وَءَاتَیۡنَا دَاوُۥدَ زَبُورࣰا

Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) yang lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain. (al-Isra’, 17 : 55)

Sesama para Rasul tidak pun bersaing, kedudukan mereka semasa malam Mikraj pun bukan mereka yang menentukan, lalu mengapa kita pengikutnya yang terlebih mencurah minyak ke dalam api.

Setiap Rasul ada jasa, setiap Nabi bencikan kita berlaga, lalu mengapa kita pengikut mereka berkata “kumpulan kita lebih dari kumpulan mereka”.

Ketika sesama kita mengembangkan lagi asabiyyah, sesama Nabi mereka bimbangkan satu sahaja. Bukan kedudukan mereka di sisi manusia, tetapi apa kedudukan mereka di sisi Pencipta ?

‎أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ یَبۡتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ ٱلۡوَسِیلَةَ أَیُّهُمۡ أَقۡرَبُ وَیَرۡجُونَ رَحۡمَتَهُۥ وَیَخَافُونَ عَذَابَهُۥۤۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحۡذُورࣰا

Orang-orang yang mereka seru itu, sebenarnya mereka sendiri sedang mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya…(al-Isra’, 17 : 57)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started