APABILA SEMUA PERKARA MAHU “GRAB” SEGERA

Menghadapi zaman “double speed Youtuber”, “Tik Tok” dan generasi “semua benda nak cepat”, kita diperingatkan dengan penyakit العاجلة (kesegeraan mahukan kesenangan) dalam surah al-Isra’.

Ada sebab penghujung surah al-Isra’ menekankan al-Quran melahirkan generasi yang bertenang, tidak semua perkara perlu gopoh gapah dan tergesa-gesa mahukan jawapan.

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Al-Israa’: 106

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Dan ada sebab barangkali, selepas surah al-Isra’, ada surah paparkan kisah anak-anak muda masuk gua untuk bertafakkur seketika, reset minda dengan apa tujuan hidup, lalu mereka berdoa memohon rahmat dan Allah memaparkan rahmat-Nya.

وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّىٰ تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Al-Hujuraat: 5

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started