ANTARA KITA DAN MEREKA

Allah sudah memelihara aib saudara-saudara Yusuf dengan tidak pun menyebut nama-nama mereka.

Bahkan Allah menamatkan surah Yusuf dengan babak keinsafan dan taubat mereka, bahkan benarlah janji Allah mereka semua menjadi sebelas bintang cerah (kaukaban).

Namun demikian, kesudahan yang baik berlaku kepada ikhwah Yusuf berkenaan, al-Quran tetap mengabadikan ucapan-ucapan dusta dan kerenah-kerenah biadap mereka terhadap ayah mereka kerana padanya terdapat ‘ibrah, padanya ada آيَاتٌ لِّلسَّائِلِينَ .

Al-Quran sebenarnya tidak pun “mengungkit” diari hitam ikhwah Yusuf, bahkan membina jambatan dan pelajaran berharga yang merentasi masa dan sempadan. Yang dikritik al-Quran adalah kelakuan, bukan batang tubuh pelaku.

Allah Maha Mengetahui sejarah itu sentiasa berulang, penyakit hati manusia yang berbangga dengan keturunan namun rosak cara keberagamaan, menjadi penyakit berjangkit manusia hingga ke akhir zaman. Sebagaimana ia boleh berlaku pada Yahudi sekarang, ia juga boleh hinggap kepada kita tanpa kita perasan.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started