Penulis من إعجاز القرآن؛ العَلَم الأعجمي في القرآن مفسرا بالقران iaitu Mahmud Rauf Abdul Hamid Abu Sa’dah merumuskan nama Nabi Ayyub عليه السلام bukanlah berasal dari kalimah bahasa Arab الأَوْب والتَوب فهو التائب الآيب على المبالغة atau mempunyai kaitan dengan gelaran Allah kepada baginda dalam surah Saad iaitu أوَّاب.
Bahkan menurutnya, Nabi Bani Israil ini disebut “Eyyub” (إَيُّوب) dalam bahasa Ibrani, yang berasal dari kalimah أيَبْ / يِئيَبْ yang bermakna الوَيْل iaitu bencana dan keburukan yang sangat besar. Ia bermakna المكروه البغيض , sesuatu yang sangat dibenci dan tidak disukai (apabila menimpa seseorang).
Maka al-Quran yang bermukjizat, mendatangkan kalimah “Ayyub” bagi menjelaskan kedudukan Nabi Bani Israil berkenaan sebagai pemimpin orang-orang yang diuji dengan ujian yang sangat berat, naluri dan hati tidak mahu menghadapi ujian berat berkenaan, namun kisah Nabi Ayyub menjadi inspirasi kekuatan untuk bertabah menghadapinya dengan kesabaran dan keimanan.
Wallahu a’lam






Leave a comment