RESENSI BUKU: THE TARJUMAN AL-QURAN

Walaupun beliau terkenal dengan pentafsiran “aneh” kepada kisah pemuda al-Kahfi serta kritikan-kritikan kepada Mafatih al-Ghayb, namun itu tidak seharusnya menghalang aku dari mengambil sisi kebaikan dari tadabbur seorang lagi ulama pemikir India.

Lahir dari suasana pergolakan hubungan antara Hindu dan Muslim serta banyak terinspirasi dengan jejak Sayyid Ahmad Khan, beliau menulis tafsirnya ini dari jeriji tirai besi, bersulamkan idea-idea nasionalisme dan kemerdekaan India dari era penjajahan Inggeris ketika itu.

Terima kasih ustaz ‎محمد فارس عزالدين‎ (Muhammad Faris Izzuddin) kerana menguruskan ketibaan tafsir nukilan Abul Kalam Azad رحمه الله (1888-1958 M) dari al-Fatihah hingga al-Mu’minun ini, terjemahan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris.

Meskipun tidak sempat mentafsirkan keseluruhan al-Quran, namun tafsir beliau kepada surah al-Fatihah boleh dianggap memadai kerana baginya, al-Fatihah rangkuman keseluruhan ajaran al-Quran.

Moga ada masa aku sempat membaca pentas sejarah dan biografi perjuangan tokoh ini, membaca pula Tarjuman al-Quran ini dan membaca kajian-kajian semasa yang memuji atau mengkritik tafsir ini, insyaallah.

“… Indeed, although every form of liberty had been snatched from me, I knew that there was a form of liberty which no one could take away from me –the liberty of reading and writing and conserving the result of my thought…” – Abul Kalam Azad, 1918 M

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started