SESUAI DIJADIKAN BAHAN DISKUSI USRAH
Perjalanan dari satu juzuk ke satu juzuk pada bulan Ramadhan telah menatijahkan pasukan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR membuktikan al-Quran sentiasa kaya dan segar makna-maknanya meskipun pelbagai perspektif digunakan.
Pasukan ini menggunapakai perspektif pembangunan peradaban. Lalu mereka menemui ada sahaja ayat-ayat Allah yang memberi makna kepada definisi pembangunan peradaban berkenaan.
Pendekatan tafsir tematik pasukan ini wajar dikembangkan. Setiap kali Ramadhan, ada sahaja pasukan khusus dengan pemerhatian khusus dilakukan untuk meraih perspektif khusus dari ayat-ayat selektif berdasarkan juzuk ke juzuk.
Pasti menarik jika setiap kali Ramadhan, kita dapat singkapi al-Quran sebanyak 30 juzuk itu dengan penemuan 30 ayat untuk dikeluarkan dari tahun ke tahun pelbagai perspektif tafsiran dan tadabburan seperti psikologi, perubatan, ekonomi, politik, dakwah dan banyak lagi.
Tahniah saya ucapkan kerana kekuatan rujukan tafsir yang digunakan pasukan ini seimbang dengan kekuatan tadabbur dan ibrah yang mereka perjuangkan iaitu التفسير الحضاري للقرآن. Aspek munasabah ayat juga diambilkira oleh pasukan ini semasa mentafsirkan sesuatu ayat.


Alhamdulillah, saya tidak kata Ebook ini lengkap huraiannya. Namun ia sesuai untuk dijadikan bahan diskusi usrah dan silibus rujukan untuk merancakkan sembang ilmiah.
Antara yang menarik ditampilkan oleh Ebook ini saya “teaser” kan :
- Definisi khalifah berdasarkan kisah Nabi Adam dan kisah Nabi Daud (Halaman 13)
- “Kehidupan” pada pensyariatan qisas dengan pencerahan ayat-ayat mengenai al-Birr (halaman 17)
- Peradaban bangunan pertama didirikan iaitu Kaabah ! (Halaman 24)
- Rosaknya peradaban apabila manusia mula berkata Tuhan ada anak ? (Halaman 32)
- “Cukuplah bagi kami melakukan apa yang nenek moyang kami lakukan”, penyakit permulaan kepada detik kemusnahan peradaban (Halaman 35)
- Di sebalik kemajuan Jepun, ada statistik menggerunkan (Halaman 43)
- Modernisasi dalam peradaban menerusi kisah pembinaan bahtera Nabi Nuh (Halaman 51)
- Ungkapan isteri al-Aziz mengenai dua jenis nafsu, salah satunya boleh memusnahkan atau membangunkan peradaban. (Halamam 54)
- Musnahnya peradaban apabila munculnya sistem “syaitani” yang memperindah dosa sebagai kebaikan (Halaman 58)
- Tiada guna peradaban jika hanya kaya ekonomi, tinggi bangunan, ramai tentera dan canggih teknologi tetapi menghadapi penyakit pemilik dua kebun ! (Halaman 61)
- Penyakit mahukan “al-Khuldi” dan motif teknologi mumia peradaban Mesir Kuno (Halaman 64)
- 4 kalimah dari surah al-Mu’minun yang menjawab punca runtuhnya peradaban (Halaman 72)
- Peradaban Islam peradaban Ibadur Rahman. Sungguh komprehensif senarai semak di penghujung surah al-Furqan itu ! (Halaman 74)
- Peradaban “Minal Mufsidin” pasti runtuh ! (Halaman 77)
- Di sebalik kemunculan semut dan burung dalam peradaban Nabi Sulaiman (Halaman 81)
- Di sebalik kenyataan Friedrich “Tuhan telah mati” (Halaman 91)
- Mengapa runtuh peradaban kaum Aad (Halaman 96)
- Kukuhnya peradaban mereka yang menggunakan “tangan” dan “penglihatan” (Halaman 102)
- Al-Razzaq sebagai asas penting peradaban yang menawarkan “tadawul al-amwal” kepada seluruh lapisan masyarakat (Halaman 106)
- Peradaban Islam menurut perspektif surah al-Mulk dan al-Qalam (Halaman 109-110)
- Ayat-ayat Makkiah membangun dasar peradaban (Halaman 113)
Wallahu a’lam
Boleh download Ebook ini di Facebook mereka :
———————————————
Syaari Ab Rahman
8 Syawal 1441 H
Bangi
Leave a comment