
Adakah Yusuf عليه السلام memaafkan saudara-saudaranya semasa pertemuan ketiga mereka dengan di Mesir iaitu sebaik sahaja mereka menginsafi kesalahan mereka ?
Tidak!
Bahkan Yusuf عليه السلام telah memaafkan mereka jauh sebelum itu lagi.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku dalam tiga kali pertemuan antara baginda dan saudara-saudaranya di Mesir ?
Ia bukanlah kerana dendam.
Bahkan kerana baginda ada misi yang diisyaratkan Allah SWT berdasarkan mimpi, dan wahyu ketika di dasar perigi.
Yusuf telah memaafkan mereka sejak dari puluhan tahun dahulu ketika rencana saudara-saudaranya diterbalikkan Allah SWT menjadi بُرْهَانَ رَبِّهِ !
Allah SWT telah menyebut Yusuf عليه السلام sebagai AL-MUHSININ sebaik sahaja selepas peristiwa baginda dimasukkan di dasar perigi, diselamatkan kafilah, dijual sebagai hamba lalu berada dalam istana al-‘Aziz di Mesir.
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas AL-MUHSININ. (Yusuf, 12 : 22)
Lalu apakah salah satu sikap AL-MUHSININ itu ?
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG. Dan (ingatlah), Allah mengasihi AL-MUHSININ. (Ali Imran, 3 : 134)
Semoga kita diberi kekuatan AL-MUHSININ seumpama Yusuf عليه السلام .
Wallahu a’lam
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (Al-Nisa’ 4 : 82)
Leave a comment