RESENSI BUKU: THE HEART OF THE QURAN

Sebuah Lagi Karya Berharga Mengenai Tafsir dan Tadabbur Surah Yassin

  1. Terima kasih kepada tim Quran Workbook Series yang sudi menghadiahkan buku ini kepada saya selepas Daurah Nabi Ibrahim AS Sabtu lepas.
  2. Dr Haitham al-Haddad menyifatkan buku ini sebagai “orthodox in its approach but modern in its style and presentation”.
  3. Saya sangat terinspirasi dengan pendekatan menulis karya-karya tafsir selepas mengadakan kelas-kelas bersiri mengenai tafsir itu sendiri. Ini kerana buku itu pasti akan lebih “membumikan” tafsir-tafsir yang dibaca dengan persoalan-persoalan yang diajukan oleh pelajar-pelajar yang hadir dalam kelas berkenaan.

Inilah antara sebab-sebab Shekh Asim Khan menulis tafsir dan tadabbur surah Yasin ini. Beliau telah “khatam” mengajar tafsir surah ini sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun kepada pelbagai audien.

  1. Orang yang suka membaca tajuk sahaja pasti berkata kalau tajuk buku ini sudah menyebut hadis dhaif, bagaimanakah agaknya apa yang bakal diulas. “Don’t judge book by its cover”. Bacalah dahulu untuk ketahui maksud sebenar di sebalik tajuk buku ini, adakah ia merujuk kepada “hadis” berkenaan atau tadabbur penulis sendiri khususnya selepas membaca al-Tahrir wa al-Tanwir.
  2. Buku ini bukan hanya memaparkan tafsir-tafsir klasik kepada satu-satu ayat dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bahkan disajikan bersama pengajaran dari aspek spiritual dan intelektual, keindahan sentuhan bahasa (word bank) serta diagram-infografik berwarna warni mengenai tema-tema menarik ditemui dari surah Yaasin.
  3. Penulis banyak merujuk tafsir al-Tabari, al-Qurthubi, al-Razi, al-Biqaie, al-Alusi, al-Zamakhsyari, Ibnu Ashur رحمهم الله dan Fadil al-Samura’i ketika mengemukakan tafsir dan tadabbur sesuatu ayat dari pelbagai perspektif yang dipilih penulis sendiri.
  4. Dan jika anda peminat ilmu tanasub, kesatuan tema surah serta teori-teori “simetrical” dalam al-Quran, hidangan karya “rare” ini pasti mengenyangkan.
  5. Ringkas sahaja buku ini, tidak sampai 120 halaman. Namun, begitulah sebaik-baik buku bagiku. Ringkas tapi puas!

Selamat membeli !

Selamat membaca !

Syaari Ab Rahman
22 Jamadil Akhir 1441 H
Bangi

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started