SUNNAH YANG DILUPAKAN: TADABBUR SEPULUH AYAT TERAKHIR SURAH YUSUF

Ada pelbagai bentuk dan uslub ayat pada menyatakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم itu seorang Rasul, antaranya bentuk ayat kualitatif seperti ini.

Ayat ini bukanlah sekadar penegasan realiti bahawa majoriti manusia tidak akan beriman.

Ayat ini – dalam bentuk فعل ماضي iaitu حرصتَ – sebenarnya juga membawa PENGIKTIRAFAN dan pernyataan fakta penting bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم mempunyai satu sifat iaitu tidak memandang sesiapa pun dari kalangan manusia non-Muslim atau belum beriman yang ditemuinya atau yang hadir kepadanya, melainkan mengharapkan sangat-sangat ( حرص ) agar fulan bin fulan atau fulanah binti fulanah ini memeluk Islam.

Nabi sangat mudah berduka – sedangkan bagindalah sebaik-baik pembaca, penyampai dan pentafsir al-Qur’an di atas muka bumi – apabila penerangan, pencerahan dan pembacaannya mengenai ayat-ayat Allah kepada setiap telinga yang mendengarnya tidak berkesudahan dengan pernyataan iman.

Apa yang berlaku antara Nabi Yusuf عليه السلام bersama dua orang sahabat sepenjaranya lebih menjelaskan makna ayat ini.

Adakah cara fikir seorang daie dan sunnah sebesar ini dilakukan oleh kita ummatnya ?

Rujukan : Tafsir Sya’rawi

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started