“Abad keenam dan ketujuh Masihi merupakan saat putaran sejarah paling suram tanpa perlu diperdebatkan lagi.
Nilai kemanusiaan sudah merosot sejak beberapa generasi. Tiada satu pun kekuatan di atas muka bumi yang dapat menahan dan mencegah dari kejatuhan yang lebih mengerikan, bahkan detik kejatuhan semakin cepat.
Manusia sudah lupa Penciptanya, lupa dirinya dan tempat kembalinya. Manusia hilang daya kawalan kepada membezakan hak dan batil.
Dakwah para Nabi telah lama hilang suaranya ditelan zaman. Lampu-lampu yang mereka nyalakan telah padam dihembus badai.
Tokoh-tokoh agama berlindung dan berundur ke biara-biara, gereja-gereja dan tempat-tempat bertapa kerana bimbangkan fitnah menimpa dirinya dan agamanya.
Agama-agama besar telah dijadikan sasaran permainan kaum pendosa dan munafiq.
Sekiranya pemeluk-pemeluk terdahulu agama itu dihidupkan semula, sudah tentu mereka tidak akan mengenali jenis agama apakah yang sedang berlangsung di waktu itu dengan segala kerosakannya.
Undang-undang rosak dan penguasa menjadi kejam. Dunia sudah terputus dari risalah. Tata nilai sudah hampa, sumber kehidupan sudah kering kontang.”

Demikianlah ungkapan Sayyid Abul Hassan Ali al-Nadwi dalam ماذا خسران العالم بانحطاط المسلمين yang dipetik oleh Syed Qutb r.h. semasa membuka tirai surah al-Bayyinah.
Leave a comment