
Menjelang musim haji yang penuh barakah, semua kita yang telah kehilangan fadhilat 10 malam terakhir Ramadhan mahukan fadhilah 10 malam pertama Zulhijjah ini.
Tafsiran muktabar ayat kedua surah al-Fajr benar-benar menjadi iman dan sumber inspirasi kita, insyaallah.
Namun demikian, ayuh kita baca hingga habis surah itu, jangan sekadar seolah-olah kita hanya seperti membaca ayat kedua sahaja.
Lalu kita bertanya, adakah aku sudah memulia dan memelihara kebajikan anak-anak yatim ? لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ ?
Adakah aku membantu kempen-kempen membela dan memberi makanan kepada faqir miskin ? وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ ?
Adakah aku memakan harta warisan sewenang-wenangnya ? وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا ?
Adakah aku mencintai harta dan kekayaan secinta-cintanya ? وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا ?
Semoga Allah SWT membimbing amal ibadah kita menepati tujuan yang dikehendaki Pencipta.
Syaari Ab Rahman
1 Zulhijjah 1440 H
Bangi
Leave a comment