APABILA KEGHAIRAHAN PADA AL-QURAN

Al-Imam al-Qurthubi dalam muqaddimah tafsirnya menyatakan fokusnya untuk membuat catatan singkat pada pentafsiran al-Quran. Yang “singkat” itulah sepuluh jilid besar tafsir al-Qurthubi.

Ibrahim bin Umar al-Biqa’ie kekadang berhenti dari menulis tafsirnya, Nazhm al-Durar kerana berfikir dan merenung berbulan-bulan untuk mencari kaitan ayat 121 Ali Imran dengan ayat sebelumnya.

Kekadang seseorang harus hidup dalam kesepian atau “dipenjara” agar mampu menyelesaikan sebahagian dari penafsiran al-Quran. Buya Hamka dan Sayyid Qutb menyelesaikan tafsirnya dalam penjara yang menyakitkan.

Penulis juga menyelesaikannya dalam “penjara” meskipun suasananya sudah menikmati kemerdekaan dan kebebasan. Bergelut dengan penafsiran al-Quran melahirkan kenikmatan rohani dan menjadikan penulis tidak pernah puas. Ada sahaja yang mahu ditulis dan ditulis. Penulis menyelesaikan Tafsir al-Misbah sebanyak 15 jilid dalam tempoh lebih 4 tahun dengan purata masa setiap hari tidak kurang dari tujuh jam.

“Pentafsiran al-Quran tidak pernah terhenti. Bagaikan intan yang setiap sudutnya memancarkan cahaya yang berbeza-beza dengan apa yang terpancar dari sudut-sudut selainnya, dan tidak mustahil jika anda mempersilakan orang lain memandangnya, maka dia akan melihat lebih banyak keindahan dari apa yang anda lihat.” (Abdullah Darraz)

M. Quraish Shihab
Membumikan al-Quran (Jilid 2)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started