Dalam surah al-Anbiya’, Nabi Ibrahim memecahkan semua berhala tetapi meninggalkan yang paling besar.
Dalam surah al-Saffat, Nabi Ibrahim memecahkan semua berhala dengan tangan kanan baginda.
Mengapa ada perbezaan pada gaya penceritaan ?
Sekadar memberi maklumat tambahan melengkapkan gambaran sebenar ?
Lebih dari itu, setiap babak (setiap ayat) mengukuhkan tema surah.
Surah al-Anbiya’ memaparkan kualiti al-Rusyd para Anbiya yang diutuskan untuk mengingatkan manusia yang ghaflah (lupa).
Membiarkan berhala yang paling besar dan menunjukkan berhala-berhala lain benar-benar menjadi debu antara unsur tambahan dalam babak kisah al-Quran yang menonjolkan kualiti al-Rusyd.
Surah al-Saffat memaparkan kualiti al-Zajirat iaitu mereka (Malaikat dan para anbiya yang menuruti kualiti para Malaikat) yang menghalang dari keburukan dengan penuh kesungguhan dan kekuatan.
Memukul dengan tangan kanan sepenuh kekuatan memaparkan kualiti al-Zajirat berkenaan.
Tiada satu ayat al-Qur’an melainkan terikat kukuh (munasabah) dengan pembukaannya.
LALU BACALAH DAN FAHAMILAH AL-QURAN BERMULA DARI PEMBUKAANNYA IAITULAH SEJAK DARI AYAT PERTAMANYA.

Semoga Allah memandu tadabbur kita, teks dan konteksnya,
Insyaallah
Syaari Ab Rahman
21 Syawal 1440 H
Bangi
Leave a comment